Followers

Mar 8, 2014

Al-Fatihah...... #PrayforMH370

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..


Operasi menyelamat telah dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi ini.

Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini.

Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.


"Penerbangan itu membawa 227 penumpang (termasuk 2 kanak-kanak), dan 12 anak kapal," kata MAS dalam kenyataannya.

"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu," tambahnya.

Sementara itu, Reuters memetik laporan agensi berita Xinhua berkata hubungan radar dengan pesawat tersebut dikesan hilang ketika ia di ruang udara dikawal Vietnam awal pagi hari ini.

Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.

Berikut antara lokasi dimana MH370 dipercayai terhempas - sumber admin daripada media vietnam



Berikut adalah foto (dengan izin) yang menyentuh hati pengguna menerusi laman sosial sebelum seorang penumpang bertolak mengikuti penerbangan MH370 pada 12.40 pagi 8 Mac 2014. Saya mendoakan agar semua penumpang kembali dengan keadaan selamat.

Gambar detik akhir penumpang pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing.

Admin: Diminta orang ramai terutamanya kaki Facebook dan twitter, sila berhenti membuat spekulasi atau provokasi murahan mengenai kejadian pesawat Malaysia Airlines.. #prayforMH370

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...